Sunday 20 November 2016

Konvokesyen ke-29 Universiti Utara Malaysia



SINTOK - Seramai 6,737 graduan pasca siswazah dan Sarjana Muda menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-29 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis konvolesyen yang bermula pada 12 November 2016 akan berakhir pada 16 November 2016. Jumlah graduan pasca siswazah adalah 1,512 manakala 5,225 lagi graduan Sarjana Muda.
Daripada jumlah keseluruhan graduan itu, seramai 208 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, tiga Doktor Pengurusan, 34 Doktor Pentadbiran Perniagaan, 1,200 Ijazah Sarjana, 5,225 Ijazah Sarjana Muda dan 67 Diploma Siswazah Dalam Pendidikan. Selain itu, seramai 6,309 adalah warganegara manakala 428 graduan bukan warganegara dari 29 buah negara termasuk Indonesia, Thailand, Nigeria, Somalia, China dan Iraq.
Majlis konvokesyen itu dimulakan dengan pemasyuran bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff sebagai Pro-Canselor UUM baharu berkuat Kuasa pada 1 September lalu. Sementara itu, Canselor UUM, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat pada majlis konvokesyen pada 12 November dan menyampaikan ijazah kepada 273 graduan.

Wednesday 28 September 2016

Penyataan diri (tugasan 1)



Perkenalkan nama saya Muhamad Faugi, kawan-kawan saya memanggil saya egi atau faugi. Tetapi bapak saya memanggil saya sewaktu kecil dengan panggil enji. Saya lahir di Jakarta, pada tanggal 26 February 1995. Saya anak kedua dari 3 bersaudara terdiri daripada 2 laki laki dan 1 perempuan. Abang saya bernama Muhammad Fautiaz Fauzi dan adek perempuan saya bernama Faziwa Tiara Salsabila. Abang saya lahir pada tarikh 13 Ogos 1990 di Makassar, dan adik saya lahir pada tarikh 9 Januari 2001 di Jakarta.

Selama tingkat sekolah dasar, saya sudah melakukan perpindahan sekolah. Mulai dari kelas 1 sd pindah dari Bekasi ke Jakarta. Pindah dengan alasan pindah rumah supaya abang dan orang tua saya lebih dekat dari tempat kerja dan sekolahnya. Baru memasuki kelas 3 sd semester 2 iaitu dalam bulan Januari, saya sekeluarga pindah ke padang (Sumatra barat). Setelah 10 tahun di Padang saya tamat sekolah menengah atas dan sekarang kuliah di university utara Malaysia (UUM) dengan jurusan pendidikan management of technology (MOT) pengurusan teknologi. Sekarang alhamdulilah saya sudah menduduki semester akhir untuk mendapatkan gelar sarjana muda.

Saya mempunyai minat dalam bidang pembinaan,lukisan, mengawal, matematik, pengilang, dan pelajaran pelajaran yang menyokong jurusan saya. Kelebihan peribadi saya adalah saya gemaran pelajaran yang berhubungan dengan matematik dan konstraksi tetapi saya sukar dengan pelajaran menghafal, disebabkan saya sukar sangat dalam hal tersebut.
 
Kegemaran saya bermain bola keranjang, pengakap, dan semua hal mengenai permainan di laptop atau di ps seperti dota, bully, sims, GTA, payday, dan ramai hal lain. Kadangkala saya juga diajak oleh kawan saya untuk menjadi ahli pasukan untuk acara, kerana saya yang boleh berkerja sama dengan ahli pasukan dan memainkan peranan aktif dalam memberikan idea atau masukan perkara baharu.