Sunday 20 November 2016

Konvokesyen ke-29 Universiti Utara Malaysia



SINTOK - Seramai 6,737 graduan pasca siswazah dan Sarjana Muda menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-29 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis konvolesyen yang bermula pada 12 November 2016 akan berakhir pada 16 November 2016. Jumlah graduan pasca siswazah adalah 1,512 manakala 5,225 lagi graduan Sarjana Muda.
Daripada jumlah keseluruhan graduan itu, seramai 208 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, tiga Doktor Pengurusan, 34 Doktor Pentadbiran Perniagaan, 1,200 Ijazah Sarjana, 5,225 Ijazah Sarjana Muda dan 67 Diploma Siswazah Dalam Pendidikan. Selain itu, seramai 6,309 adalah warganegara manakala 428 graduan bukan warganegara dari 29 buah negara termasuk Indonesia, Thailand, Nigeria, Somalia, China dan Iraq.
Majlis konvokesyen itu dimulakan dengan pemasyuran bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff sebagai Pro-Canselor UUM baharu berkuat Kuasa pada 1 September lalu. Sementara itu, Canselor UUM, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat pada majlis konvokesyen pada 12 November dan menyampaikan ijazah kepada 273 graduan.